APMM guna pesawat Bombardier bantu padam kebakaran di Sri Aman

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sri Aman mengangkat kotak berisi topeng muka di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman hari ini. -Foto Bernama

KUCHING - Pesawat Bombardier CL- 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di Sri Aman bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi memadam kebakaran tanah gambut.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Robert Teh Geok Chuan berkata, pesawat Bombardier CL- 415 bersama kru berlepas dari Miri pada kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Operasi pemadaman kebakaran akan dilakukan sebaik sahaja selesai taklimat operasi yang akan diadakan di Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching bersama JBPM.

"Kami dimaklumkan keluasan kawasan kebakaran adalah 202 hektar namun setakat ini hanya 51 hektar kawasan kebakaran yang berjaya dipadamkan,” katanya yang juga Komander Operasi dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, operasi pemadaman akan dilaksanakan sehingga keseluruhan kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak memburukkan lagi keadaan dengan membuat pembakaran terbuka.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: Dua masalah hantui penduduk Sri Aman

Sementara itu, selain masalah jerebu, bandar Sri Aman berkapasiti lebih 100,000 penduduk ini turut menghadapi masalah kekurangan bekalan air.

Residennya, Indit Bangai berkata, ketika ini semua aset daripada kerajaan telah dikerah bagi membantu semua penduduk yang terjejas.

"Bagi bantuan jerebu, sebanyak 80,000 penutup hidung dan mulut akan diagihkan kepada penduduk di sekitar bandar ini termasuk murid dan penjawat awam.

"Selain itu bantuan memadam kebakaran terbuka yang berlaku di kawasan Lingga dan Kampung STC dengan kaedah ‘water bombing’ (bom air) oleh APMM,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Bahagian Sri Aman di sini hari ini. - Bernama