Bekas PM Itali tubuh parti sendiri

Iklan
Matteo Renzi - Foto AFP

ROM - Bekas Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi semalam mengumumkan beliau meninggalkan Parti Demokratik (PD) untuk menubuhkan parti politiknya sendiri.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas pakatan PD dan Five Star Movement (M5S) melepasi cabaran undi percaya di Parlimen.

Iklan
Iklan

Media Itali melaporkan, kira-kira 30 penggubal undang-undang mungkin mengumumkan kesetiaan kepada Renzi.

Renzi, 44, sebelum ini menyatakan sokongannya terhadap kerajaan pimpinan Giuseppe Conte. - AFP

Iklan
Iklan