Suspek kes samun, tembak rambang ditahan

Iklan
Lokasi di mana suspek dikejar penduduk selepas gagal menyamun sebuah rumah di kawasan berkenaan. Gambar kecil: Kamarudin

JOHOR BAHRU - Polis Johor memberkas dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kejadian samun dan melepaskan tembakan rambang di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau, Jumaat lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, salah satu tembakan rambang yang dilepaskan suspek berkenaan mengakibatkan kematian seorang wanita warga emas berusia 78 tahun yang berada di kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

"Ya (sudah ada tangkapan), saya akan buat sidang media nanti untuk butiran lengkap,” katanya.

Iklan

Kelmarin, media melaporkan kedua-dua suspek yang juga lelaki itu bertindak melepaskan tembakan ketika sedang melarikan diri apabila dikejar orang ramai selepas gagal melakukan samun di sebuah rumah berhampiran.

Dalam kejadian sama, seorang mangsa lain turut dilaporkan cedera di bahagian kaki akibat terkena tembakan yang dilepaskan suspek.

Iklan