Kembali kepada jati diri

Iklan

SAYA tertarik dengan artikel bertajuk"Kecelaruan sistem pendidikan di Malaysia" yang mengaitkan kegagalan sistem pendidikan negara ini dalam membentuk hala tujunya sendiri.

Saya setuju dengan pendapat artikel ini. Tetapi terdapat beberapa persoalan yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara kita yang perlu diselesaikan sebelum terlewat.

Iklan
Iklan

Antaranya, sistem pendidikan kita sentiasa mengutamakan pandangan sarjana pendidikan Barat sehingga gagal memahami siapakah diri kita sebenarnya.

Kita masih dibelenggu dengan pemikiran mantan penjajah. Kita tidak mampu melihat sistem pendidikan yang berada di negara jiran kita, Thailand.

Iklan

Sistem pendidikan Thailand berjaya 'mengThaikan' setiap etnik bukan Siam menjadi warga Thai yang taat pada raja, negara, bahasa dan budaya mereka.

Lihatlah, etnik Cina dan Melayu berjaya 'diThaikan' sehingga ada sebahagian mereka tidak mampu berbahasa ibunda sendiri.

Iklan

Apa yang menarik ialah sistem pendidikan Thailand kembali kepada jati diri negara bangsa. Segala keperluan untuk sebuah negara bangsa digunakan dalam pembentukan kurikulum sistem pendidikan Thailand.

Bahasa Siam ditukar menjadi bahasa Thai supaya ejaan bunyi boleh dirumikan tetapi tulisan Siam masih dikekalkan adalah satu kejayaan dalam pembentukan jati diri negara bangsa.

Walaupun bahasa Inggeris diutamakan dalam sistem pendidikan Thailand tetapi keutamaan kepada bahasa negara tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana etnik bukan Siam di Thailand.

Ini menunjukkan ketegasan kerajaan dalam menjayakan asimilasi tanpa kompromi dalam mewujudkan satu bangsa, satu bahasa dan satu budaya jati diri Thailand.

Mampukan Malaysia melakukan reformasi sistem pendidikan seperti yang berjaya dilaksanakan di Thailand?

Kenapa kita perlu mengetepikan sistem pendidikan yang berteraskan kepada agama Islam di negara ini? Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan agama rasmi negara ini adalah Islam.

Seterusnya dalam Rukun Negara kita yang pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan. Jadi mahu tidak mahu, sistem pendidikan negara ini wajib berteraskan agama Islam.

Ini boleh dilihat dalam sistem pendidikan Thailand, tidak sesekali mengetepikan pendidikan agama Buddha kepada semua warga Thai sama ada beragama Buddha atau tidak.

Malahan sistem pendidikan Thailand membenarkan pendidikan agama lain dengan syarat tidak menjejaskan sistem pendidikan rasmi.

Apa yang menarik dalam sistem pendidikan Thailand turut mengajar nilai-nilai asas pembentukan Thailand iaitu taat kepada raja, agama dan Perlembagaan Thailand.

Di sini timbul persoalan berapa rakyat Malaysia yang mampu melaksanakan ketaatan tersebut seperti yang berlaku di Thailand. Sistem pendidikan Thailand juga mengutamakan kejujuran, integriti, amanah dan nilai budi kepada ibu bapa dan para guru yang mengajar mereka.

Kenapa kita masih mengekalkan 3M sedangkan dunia pendidikan hari ini telah berubah dengan cepat. Sistem pendidikan kita sentiasa berubah apabila Menteri Pendidikan kita turut berubah.

Kita tidak pernah kekal dengan satu sistem pendidikan yang stabil. Ini menunjukkan sistem pendidikan negara ini telah dipolitikkan untuk kepentingan agenda politik daripada agenda pembentukan jati diri negara bangsa.

Yang menyedihkan anak-anak muda yang melalui sistem pendidikan ini menjadi mangsa.

Akhirnya kita mendabik dada apabila berjaya menggondol ranking dunia sedangkan yang merana masa depan adalah anak-anak muda yang tergelincir daripada kehendak sistem pendidikan negara ini.

Kita hanya menonjolkan sebilangan pelajar terbaik tetapi sebahagian besar pelajar yang tidak terbaik disisihkan.

Sistem pendidikan kita sebenarnya melahirkan sebuah masyarakat yang menghambakan kepada material ekonomi, hiburan dan kepentingan diri. Ini menyebabkan kenapa kita gagal melahirkan insan yang bersifat manusiawi dan ukhrawi.

Kita juga gagal melahirkan manusia yang kreatif dan berinovasi akibat daripada kurangnya membaca.

Sememangnya kadar buta huruf negara ini berjaya dibasmi tetapi literasi masih gagal mencapai apa yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani oleh negara-negara lain.

Kita juga gagal melahirkan pemikiran sebahagian masyarakat negara ini supaya berkembang sejajar dengan kehendak negara kita. Akibatnya, kita berjaya dalam ranking dunia tetapi gagal mendidik dan membuat perubahan ke atas masyarakat negara ini.