Najib titip pesanan sempena Hari Malaysia
Iklan
Najib bersiaran langsung di akaun Facebook miliknya dan menyampaikan pesanan khas buat rakyat negara ini sempena sambutan Hari Malaysia esok.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menitipkan pesanan khas buat seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia esok di akaun Facebook miliknya.
Menerusi video itu, Najib turut meluahkan perasaan sakit hatinya melihat apa yang berlaku di Malaysia kini terutamanya apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak menjual beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Iklan
Iklan
Beberapa pesanan disampaikan kepada rakyat Malaysia ketika siaran langsung selama 5 minit 40 saat itu.
"Kemerdekaan adalah khazanah kita, tidak ternilai. Ini tanah air kita, ini kekayaan yang diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Bangkitlah dan pertahankanlah kerana ia milik rakyat dan milik generasi akan datang.
Iklan
"Jangan sesekali kita biarkan ia jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya. Sempena Hari Malaysia ini, marilah kita semua sama-sama berdoa agar Malaysia dilimpahi nikmat kemakmuran dan keamanan, dimurahkan rezeki dan dijauhi daripada segala musibah,” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu turut mengajak rakyat bersama-sama bangkit mempertahankan negara.
Iklan
"Sama-sama kita bangkit mempertahankan tanah air kita. Jangan sesekali kita benarkan kebobrokan Pakatan Harapan hari ini yang terbukti gagal sama sekali mentadbir negara.
"Ayuh kita kembali pertahankan maruah dan martabat negara yang semakin tercalar ini. Selamat Hari Malaysia,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tindakan DBKL terhadap Street Dakwah susulan aduan kanopi, bukan isu dakwah - Hannah"><meta itemprop="description" content="Tindakan DBKL terhadap Street Dakwah susulan aduan kanopi, bukan isu dakwah - Hannah
Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #DBKL #StreetDakwah #HannahYeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-26T06:30:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a7RYi1fd-YX-a-YI7/x180"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0r4q4"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0r4q4"></script>