Dicekup memanah ikan di kawasan larangan
Iklan
KUALA KUBU BHARU - Sekumpulan lelaki yang menceroboh masuk Santuari Ikan Sungai Chiling dicekup penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Selangor ketika leka memanah ikan di kawasan larangan itu awal pagi tadi.
Operasi sempena Ops Perlindungan Sumber dilakukan bersama Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor di kawasan air terjun pusat perlindungan ikan sungai kira-kira jam 2.45 pagi.