Jerebu: Perasmian merdeka@komuniti di Melaka dibatalkan
Iklan
MELAKA - Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Melaka membatalkan Majlis Perasmian Program Merdeka@Komuniti #IniRumahKita 2019 peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Dataran MBMB pada 11.30 pagi ini.
Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee menerusi kenyataan hari ini berkata, program anjuran bersama kerajaan negeri itu terpaksa dibatalkan berikutan laporan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat di Bandar Raya Melaka setakat 9 pagi ini adalah 212 dan berada pada paras sangat tidak sihat.