Venue sambutan Hari Malaysia pindah ke Stadium Perpaduan
Iklan
KUCHING - Sambutan Hari Malaysia yang pada mulanya dirancang berlangsung di Padang Merdeka di tengah pusat bandar ini, akan dipindahkan ke Stadium Perpaduan di sini susulan isu jerebu yang melanda, yang diramal berlarutan sehingga hujung bulan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Malaysia semalam.
Iklan
Iklan
"Selepas diberi taklimat oleh Jabatan Meteorologi, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung keadaan jerebu, kita tidak ada pilihan selain memindahkan venue sambutan ke stadium tertutup, di sebabkan isu kesihatan,” katanya dalam persidangan media di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak berkata, ketika ini 100 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia, dan pergerakan angin jelas menunjukkan bahawa kesan jerebu sedang menghala ke arah Sarawak.
Iklan
"Bagi Sarawak, sehingga kini tidak ada titik panas yang dikesan di sini. Apa yang penting adalah kita tidak boleh mengambil risiko sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melonjak sehingga melepasi angka 200,” katanya.
Awang Tengah berkata, persediaan yang dibuat untuk sambutan di Padang Merdeka sehingga kini telah mencapai hampir 80 peratus.
"Tetapi saya amat menyanjung (komitmen semua), petang semalam apabila kita buat keputusan untuk pindah sudah tentu saya dapat lihat ada yang kecewa... mereka memang tidak sabar untuk beraksi... namun demi kebaikan semua, kita telah buat keputusan (pindah),” katanya.
Iklan
"Dan saya nampak semua ahli jawatankuasa telah putuskan, mereka telah rancang apa yang patut dilaksanakan walaupun kita ada masa agak singkat untuk buat pelarasan, tapi saya yakin dengan komitmen yang diberikan,” katanya.
"Kita akan berikan yang terbaik bagi memastikan sambutan Hari Malaysia ini menjadi satu kejayaan dan acara utama di stadium tertutup itu nanti akan masih sama dengan apa yang dirancang di Padang Merdeka,” katanya.
Antara acara utama yang dirancang termasuk persembahan 300 dram, permainan bayang dan perarakan. - Bernama
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.