Geng basikal lajak kena tahan

Iklan
Basikal lajak yang dirampas dalam Op Khas Basikal Lajak IPD Gombak, petang tadi.

GOMBAK- Polis menahan sekumpulan penunggang basikal lajak yang melakukan pelbagai aksi di Taman Berlian di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, 11 remaja berusia 11 hingga 15 tahun itu ditahan dalam Ops Khas Basikal Lajak bermula jam 4.30 petang tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil maklumat dan pemerhatian dilaksanakan mendapati remaja masih bersekolah menunggang basikal lajak dengan pelbagai aksi di jalan raya taman itu.

"Kesemua penunggang ditahan bersama basikal masing-masing dan dibawa ke Balai Polis Gombak untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Polis telah hubungi ibu bapa remaja terbabit, penerangan dan nasihat turut diberikan mengenai bahaya basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.

Beliau berkata, basikal lajak yang dirampas didapati melanggar syarat reka bentuk ditetapkan serta tiada ciri keselamatan.

Iklan

Katanya, 11 saman dikeluarkan dibawah Peraturan 42(1)a Kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kepada semua penunggang dan basikal dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan1987.

"Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak akan terus memantau dan mengambil tindakan kepada pengguna basikal lajak.

"Ibu bapa disaran memastikan anak-anak mereka tidak menungang basikal lajak ini di jalan raya," katanya.