Remaja hilang selepas ke tandas
Iklan
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim (dua dari kanan) memberi taklimat kepada anggota bomba yang menjalankan tugas mencari mangsa hari ini.
KUALA KANGSAR - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan hilang lebih 12 jam ketika singgah di Masjid Al-Taufiqiah, Kampung Chuar, Kati di sini semalam.
Difahamkan mangsa dikenali sebagai Izzudin Syuib bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Baling, Kedah menuju ke Kuala Lumpur telah singgah ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Maghrib.
Iklan
Iklan
Mangsa dikatakan mahu pergi ke tandas di bahagian belakang masjid berkenaan sebelum disedari hilang ketika masuk waktu Isyak.
Pencarian awal yang dilakukan oleh penduduk kampung bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hanya menemui selipar yang dipercayai dipakai oleh mangsa.
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.05 pagi.
"Seramai 32 anggota termasuk polis dan APM telah digerakkan untuk mencari mangsa.
Iklan
"Lokasi terakhir mangsa adalah di kawasan masjid tersebut. Operasi mengesan mangsa masih diteruskan,” katanya.
BERITA MENYUSUL
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>