Kolam Air Panas Gadek dinaik taraf
Iklan
Adly ditemani Saminanthan melihat Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah.
ALOR GAJAH - Kolam Air Panas Gadek akan dinaik taraf dan dijenamakan semula bagi memastikan lokasi pelancongan itu kekal relevan dikunjungi orang ramai.
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, usaha untuk menjenamakan semula lokasi itu yang akan dikenali sebagai Gadek Wellness and Spa Resort akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan termasuk tempat penginapan bertaraf hotel yang mempunyai 25 bilik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, usaha itu sekali gus dapat memberi limpahan rezeki kepada penduduk setempat selain memperkasakan industri pelancongan luar bandar di Melaka.
"Ini antara perancangan kita untuk terus membangunkan lokasi pelancongan yang telah lama bersumberkan air ini.
Iklan
"Gadek Wellness and Spa ini juga bakal merancakkan pelancongan Melaka sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke kawasan luar bandar," katanya selepas melawat DUN Gadek, Alor Gajah di sini semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminanthan.
Iklan
Adly yang juga ADUN Bukit Katil berkata, namun kerajaan negeri akan memfokuskan kerja-kerja membina kolam penebatan banjir terlebih dahulu di kawasan berkenaan bagi mengelakkan bencana banjir berulang hingga mengakibatkan penduduk mengalami kerugian.
Menurutnya, bagi pelan jangka masa pendek pihaknya akan menyelesaikan kawasan 'downstream' terlebih dahulu menerusi pembinaan kolam tebatan banjir.
"Ini disebabkan Gadek merupakan kawasan 'upstream'. Jadi jika berlaku banjir di kawasan 'downstream' kawasan Gadek terus kekal banjir.
"Sekiranya kita berjaya selesaikan kawasan Alor Gajah dahulu (banjir) selepas itu dalam jangka masa panjang kita akan bina lagi tebatan banjir di kawasan Gadek," katanya.
Jelasnya, kelulusan pelan projek di pusat pelancongan itu telah diluluskan sejak Mei lalu namun terpaksa ditunda sementara disebabkan masalah banjir yang berlaku di kawasan itu pada Julai lalu.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.