Lima pusat pemindahan sementara dibuka
Iklan
Seramai 108 penduduk melibatkan 26 keluarga dari 16 buah kampung ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara di Alor Gajah. ( Gambar Kecil ) Keadaan di Pusat Penempatan Sementara Banjir di Balai Raya Kampung Gadek, Alor Gajah.
ALOR GAJAH - Lima pusat pemindahan sementara dibuka di Alor Gajah susulan banjir kilat selepas hujan lebat melanda sejak jam 1.30 pagi tadi yang turut menyebabkan beberapa kawasan lain di negeri ini dinaiki air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, lima pusat pemindahan banjir yang dibuka itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, Balai Raya Gadek, SK Lesung Batu, Balai Raya Kampung Panchor dan Balairaya Kampung Seri Jeram.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka (JPBNM), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 108 penduduk melibatkan 26 keluarga dari 16 buah kampung masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara tersebut.
"Selain Kampung Gadek, Kampung Tanjung Rimau Luar dan Kampung Padang Sebang, turut dinaiki air adalah Kampung Bukit Mechat, Paya Dato, Kemuning, Taman Seri Bayu 1, Taman Seri Bayu 2, Kampung Dalong, Pengkalan Jalan Kereta Api Lama, Taman Sri Dalong, Kampung Beringin, Panchor, Tebong Kampung Orang Asli, Jalan Kolam Air dan Kampung Jeram.
"Hujan lebat selama beberapa jam sejak jam 1.30 pagi telah mengakibatkan keadaan sungai tidak dapat menampung kandungan air hujan yang terlalu lebat.
"Aliran air daripada Sungai Batang Melaka turun dan Sungai Tampin kemudian bertembung di Sungai Gadek sehingga menyebabkan bacaan air sungai berada pada paras bahaya," katanya.
Selain APM, agensi yang terlibat termasuk polis, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Rela, Tenaga Nasional Berhad, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Japerun.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.