Flynn dan sikap anti Islamnya

Iklan

"ISLAM tiada kesederhanaan.” Kenyataan ini ialah kutipan daripada data-data Lt. Gen. Michael Flynn yang pernah dilantik oleh Presiden Trump sebagai Penasihat Keselamatan Nasional (PKN) AS tidak lama selepas beliau dipilih sebagai Presiden AS. Flynn kemudiannya digugurkan dari jawatan itu kerana berbohong kepada FBI (Biro Penyelidikan Pusat) AS, sebuah badan perisikan yang amat penting.

Sebenarnya saya amat seriau apabila mendengar beliau akan dilantik ke jawatan itu, dan keseriauan itu menjadi sah apabila beliau benar-benar dilantik. Segalanya itu berlaku ekoran daripada sikap Trump yang anti Islam yang diperteguhkan oleh menantunya Kushner, seorang Yahudi.

Iklan
Iklan

Flynn mengalami nasib buruk itu bukan kerana pihak berkuasa yang berkenaan di AS benci kepadanya atas sebab beliau anti Islam, tetapi kerana percaturan politik antara parti Republican dan Demokrat. Apa yang disukai Republican, parti Trump dengan sendirinya ditentang oleh Demokrat. Namun yang berlaku ke atas Flynn adalah satu kejadian yang sangat baik kepada dunia Islam memandangkan jawatan PKN itu lebih penting daripada kebanyakan jawatan 'Setiausaha' yang sinonim menteri.

Di jawatan itu seorang PKN boleh bercakap terus dengan presiden walaupun di luar mesyuarat Kabinet. Contohnya Henry Kissinger menjadi petugas agung di bawah mendiang Presiden Nixon dan Presiden Ford di jawatan itu hingga dipercayai segala kejayaan besar AS ketika itu adalah datangnya dari kebijaksanaan beliau. Ini berlaku sejak beliau bertindak sebagai PKN hingga ke jawatan Setiausaha Negara, jawatan ketiga tertinggi selepas presiden dan naib presiden.

Iklan

Flynn selaku seorang kolonel ditugaskan ke Afghanistan dan Iraq selepas Iraq diruntuhkan AS pada tahun 2003. Di sana beliau mula-mulanya dijadikan Ketua Gerakan Khas untuk Iraq dan Afghanistan. Beliau terlibat rapat mennetang Taliban dan ISIS, siang malam, sana sini, dan daripada pengalaman beliau itu, beliau yakin tiada kesederhanaan dalam Islam dan Muslim.

Menurut beliau, pejuang dan Muslim awam tidak menghormati nyawa dan ketertiban hidup. Membunuh dan dibunuh bagaikan tidak ada erti apa-apa. Langkah-langkah kebaikan dibalas dengan keganasan. Di depan mereka mesra, di belakang mereka zalim, tegasnya. Ini membayangkan betapa sukarnya keadaan yang dihadapi oleh orang Afghan dan Iraq dalam menangani kehadiran askar AS dan sekutunya, baik dari Eropah mahupun dari Kanada dan Australia.

Iklan

Dengan sikap yang begitu keras dan kejang, ASmelancarkan tindakan yang selaras begitu. Maka bukan saja beratus ribu menjadi mangsa maut dan cedera apabila seragan 2003 dilancarkan, malahan selepas serangan itu tercapai tujuannya, lebih banyak lagi yang menjadi mangsa. Disebabkan majoriti orang AS berpihak kepada Presiden Bush atas serangan itu, di mana Flynn dianggap bertanggungjawab memberikan maklumat kritis, maka Flynn dinaikkan pangkat ke Lt. Gen. (dua tangga kenaikan pangkat) dengan jawatan Ketua Badan Perisikan Khas Tentera untuk Iraq dan Afghanistan.

Ini dengan sendirinya menjadikan beliau sebagai orang nombor dua selepas jeneral nombor satu di Iraq. Di bawah Presiden Obama selepas Presdien Bush berlalu, Flynn dibenarkan sebelum sampai waktu. Dalam persaraan, dengan melihat Trump dan mereka di sekelilingnya amat anti Islam, Flynn tumpang semangkuk. Katanya, Presdien Obama dan Setiausaha Negaranya Hiliary Clinton terlalu lembut terhadap Islam dan Muslim di Iraq dan Afghanistan.

Justeru, beliau menyokong Trump dan menentang keras Clinton dalam kempen kepresidenan 2016. Kemenangan Trump mendedahkan perkongsiannya dengan menantunya Kushner sebagai anti Islam/Muslim. Flynn lantas dijadikan PKN. Ketiadaan Flynn kemudiannya bukan bererti sikap anti Islam/Muslim kendur. Tidak. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, Trump sekonyong-konyong bersetuju memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis walaupun dia benar-benar tahu dunia Islam pasti membantah hebat.

Beliau hanya nampak Saudi Arabia (SA) yang tidak akan membantah, malah mengikut telunjuk saja. Itu sudah cukup. SA dipercayai kononnya ketua dunia Islam, dan paling kaya atas hasil minyak saja. Kota Suci Makkah dan Madinah yang terletak di bumi SA tidak ada erti apa-apa kepada Trump dan 'gengnya'. Bayangkan jika Flynn kekal sebagai PKN. Semua dunia Islam, termasuk Malaysia, dianggap keras dan kejang, tanpa kesederhanaan sama sekali. Maka bolehlah diandaikan, segala dasarnya, termasuk dasar ekonomi, akan bertemakan sentimen keras dan kejang yang selaranya. Ya Rabbi.