PKR adakan konvensyen 'Reformasi Dua Dekad' Oktober
Iklan
KUALA LUMPUR - PKR akan menjelajah ke setiap negeri dan mengadakan konvensyen bertemakan 'Reformasi Dua Dekad' bermula Oktober ini.
Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata konvensyen, yang menyaksikan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat beliau kepada ahli-ahli parti di setiap negeri, akan disusuli dengan Kongres Nasional PKR pada 6 hingga 8 Disember.