Jangan kaitkan perpaduan ummah dengan perkauman

Iklan
SHAHIR

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa (Ikatan) Malaysia, Shahir Adnan menyifatkan hanya pihak yang gusar kuasa politik mereka terhakis mengaitkan perpaduan ummah antara UMNO dan Pas sebagai isu perkauman.

Katanya, pihak kerajaan sepatutnya tidak perlu gusar dan memberikan persepsi negatif kerana secara prinsipnya perpaduan ummah merupakan perpaduan nasional merangkumi pelbagai agama, bangsa dan keturunan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat perlu tahu perpaduan ummah antara UMNO dan Pas merupakan satu bentuk penyatuan politik antara Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Sejahtera.

"Perpaduan ummah antara dua parti tunjang negara, UMNO dan Pas diberikan persepsi buruk seolah-olah perpaduan yang rasis.

Iklan

"Pemuda Ikatan bimbang jika isu ini tidak dijelaskan dengan berhemah ia oleh merencatkan pembinaan bangsa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ummah bermaksud umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, ia bukanlah istilah jumud khas untuk orang Islam berbangsa Melayu sahaja.

Iklan

Katanya, seharusnya parti politik lain tidak memainkan sentimen perkauman dengan menghidupkan api rasisme dengan memberikan persepsi bahawa perpaduan ummah itu rasis.

"Tersasar jika penyatuan ummah itu dikatakan rasis kerana Ikatan merupakan parti pelbagai kaum dan menyokong perpaduan seluruh parti pembangkang di dalam negara kita.

"UMNO pula mewakili BN yang juga mempunyai parti komponen lain iaitu MCA (parti berteraskan bangsa Cina) dan MIC yang merupakan parti berteraskan bangsa India,” katanya.