UMNO nafi gerak kempen boikot produk bukan Muslim
Iklan
Ismail Sabri Yaakob
SHAH ALAM - UMNO menafikan bahawa parti itu bersama Pas menggerakkan kempen supaya orang ramai memboikot produk bukan Muslim.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya yang ada kempen daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang menyeru agar pengguna membeli produk halal daripada peniaga Muslim.
Iklan
Iklan
"Seingat saya tidak ada kempen oleh UMNO dan Pas untuk boikot produk bukan Bumiputera atau bukan Muslim.
"Hanya kempen NGO yang membuat inisiatif bagi memberi kesedaran orang-orang Islam tentang kewajipan mereka untuk mendapatkan produk yang benar-benar halal dan kesucian tanpa was-was," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Iklan
Justeru, beliau yang juga Ketua Pembangkang menyangkal dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang kononnya mendakwa parti itu bersama Pas terlibat dalam seruan kempen berkenaan.
"Kenyataan Guan Eng menuduh orang Melayu khususnya UMNO dan Pas terlibat dalam kempen memboikot produk bukan Bumiputera adalah jahat dan sangat tidak bertanggungjawab.
Iklan
"Kenyataan seperti inilah yang akan menimbulkan sakit hati dan perpecahan antara kaum di negara ini. Kenyataan ini jelas tentang sikap prejudis dan pemikiran jahat beliau terhadap orang Melayu," katanya.
Tambahnya, kenyataan itu juga jelas menunjukkan sikap rasis sempit Guan Eng yang sentiasa mempunyai sentimen dan persepsi negatif terhadap orang Melayu Islam.
"Guan Eng tidak wajar mengaitkan UMNO dan Pas. Boikot atau tak itu adalah hak pengguna. Pengguna mempunyai kuasa penuh di dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa," katanya.
Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, jika UMNO dan Pas tidak menentang bukan Islam dan bukan Melayu, dua parti itu harus mengamalkan pendirian mengecam kempen boikot produk bukan Bumiputera yang berlaku ketika ini.
Terdahulu, kempen membeli produk Muslim anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan berniat untuk memboikot produk bukan Muslim di Malaysia.
Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berkata, kempen tersebut selain bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam, ia juga bertujuan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.
Menurutnya, lambakan produk tidak halal dalam pasaran semakin membimbangkan dan Ummah berpendapat sudah tiba masanya kempen berkenaan digerakkan bagi membendung masalah itu.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/39382/BERITA/Nasional/Kempen-beli-produk-Muslim-bukan-berniat-boikot-produk-lain
BERITA SEMASA 28 MEI 2024
Pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi diminta segera mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 'fleet card' bagi membolehkan terus menikmati subsidi bahan bakar itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, hanya mereka yang memiliki 'fleet card' akan dapat menikmati harga diesel bersubsidi selepas kerajaan melaksanakan dasar subsidi bersasar nanti.
Permohonan itu boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan MySubsidi Diesel dan akan diselaraskan KPDN.
Fuziah berkata, terdapat 23 jenis kenderaan barangan yang layak menerima subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKSD) 2.0.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667149/berita/nasional/mohon-segera-fleet-card-sebelum-subsidi-diesel-ditarik---fuziah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com