Axiata kembali catat untung bersih RM204.10 juta
Iklan
Tan Sri Jamaludin Ibrahim
AXIATA Group Bhd (Axiata) kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM204.10 juta bagi suku di bawah kajian selepas melaporkan kerugian bersih berjumlah RM3.36 bilion pada tahun sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, perolehan meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM6.15 bilion daripada RM5.87 bilion.
"Syarikat mengaitkan keputusan yang kukuh ini kepada prestasi dalam semua operasi syarikat selain daripada operasi mudah alihnya di Malaysia dan Nepal termasuk peningkatan prestasi dan pemulihan dalam kerugian yang berkaitan dengan pelaburan kumpulan di India," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Mengulas mengenai keputusan itu, Jamaludin berkata, Axiata dijangka akan melepasi paras indeks prestasi utama 2019 untuk pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan serta pulangan ke atas modal yang dilaburkan.
Beliau menambah bahawa dengan rasionalisasi berterusan dalam perbelanjaan modal (Capex), Capex 2019 dijangka berada di bawah RM6.8 bilion seperti yang ditetapkan.
Dalam pada itu beliau memberitahu, rundingan penggabungan membabitkan Axiata dan Telenor ASA dari Norway berada di landasan yang betul dan dijangka selesai mengikut jadual yang sudah dirangka.
Jelasnya, lebih kurang 70 peratus daripada usaha wajar ke atas cadangan itu sudah pun diselesaikan.
"Selepas kami mengumumkan penggabungan pada Mei lepas, kami pemberitahu perjanjian akan dipersiapkan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan. Ini baru bulan keempat.
"Jelas sekali ia tidak secepat seperti umum fikirkan tetapi ia masih di dalam tempoh masa dijangkakan. Ia tidak menggambarkan masalah, cuma banyak lagi yang perlu dibincangkan," katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.
Beliau menjelaskan penggabungan itu melibatkan dua isu utama iaitu kepentingan negara dan pekerja yang mana ia akan dirujuk kepada pihak berkuasa sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani.
"Kami perlu menandatangani perjanjian berkenaan terlebih dahulu dan kemudian memohon kelulusan yang diperlukan daripada kesemua sembilan negara membabitkan pihak berkuasa masing-masing," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>