Pelajar asing pilih Malaysia kerana negara Islam, aman
Iklan
Naib Presiden 1 MAPCU, Abu Bakar Jalaluddin. Foto: SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Naib Presiden 1 Persatuan Kolej Universiti Swasta Malaysia (MAPCU), Abu Bakar Jalaluddin menyifatkan Malaysia sebagai negara Islam yang kondusif sehingga menjadi pilihan pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.
Menurutnya, biarpun ada sesetengah pelajar asing bukanlah beragama Islam, namun mereka merasakan Malaysia punyai persekitaran yang boleh diterima kerana aman dan selesa.
Iklan
Iklan
"Pelajar antarabangsa ini tertumpu pada Malaysia atas sebab tertentu termasuk melihat negara ini sebuah negara Islam, kondusif dan persekitaran yang boleh diterima.
"Walaupun mereka ini kebanyakannya bukan Islam tetapi mereka merasa aman dan selesa untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.
Iklan
"Sebab kedua adalah kerana ekonomi Malaysia masih ditahap baik berbanding negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri Ke-123 bertajuk Pelajar Asing: Kenapa Banyak Masalah? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>