Johor pandang serius pencemaran bau
Iklan
Tan Chen Choon
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius pencemaran bau yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di sini pagi tadi.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, beliau bergegas ke lokasi insiden sejurus mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor.
Iklan
Iklan
"Saya dimaklumkan oleh pegawai kesihatan terdapat 33 orang murid terbabit dalam kejadian ini dan seramai 17 orang daripada jumlah tersebut, direkodkan sebagai kes berulang.
"Mangsa-mangsa yang terlibat mengalami simptom muntah-muntah, sesak nafas dan pening kepala.
Iklan
"Bagaimanapun, tiada mangsa yang dirujuk ke hospital setakat ini dan mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan daripada klinik kesihatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Chen Choon berkata, insiden pencemaran berbau najis kali ini, disyaki berpunca daripada loji rawatan kumbahan yang berdekatan.
Iklan
"Namun, bacaan parameter udara yang direkodkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjuk kualiti udara di kawasan sekolah adalah pada tahap yang normal.
"Dan bacaan 'Volatile Organic Compounds' (VOC) adalah sifar," katanya.
Beliau berkata, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah diarah mengambil tindakan penyelenggaraan dengan secepat mungkin.
"Selain itu, langkah-langkah pemantauan kualiti udara akan dijalankan secara bersepadu oleh agensi-agensi kerajaan dari semasa ke semasa," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes murid Pasir Gudang loya, pening
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>