Tun M pandu uji kereta buatan Vietnam
Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu uji kereta VinFast, buatan Vietnam model SUV LUX SA (A) 2.0 semasa mengadakan lawatan ke Hoa Lac Hi-Tech Park hari ini. - Foto Bernama
HANOI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu uji kereta buatan Vietnam, VinFast, semasa lawatannya ke syarikat FPT Software yang terletak Hoa Lac Hi-Tech Park di sini.
Diiringi Pengerusi Vingroup Pham Nhat Vuong dan juruteknik VinFast Nguyen Anh Hieu, beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) model LUX SA (A) 2.0.
Iklan
Iklan
Kereta jenis SUV LUX SA (A) 2.0 bernilai 1.4 billion Dong (RM249,000) dijangka memasuki pasaran Vietnam tahun ini.
Model ini dilengkapi enjin empat silinder DOHC 2.0L turbo, dengan kapasiti 228 hp dan tork maksimum 350 Nm.
Iklan
Dr Mahathir, yang kini berada di Hanoi untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari ke republik sosialis ini, turut diperkenalkan dengan dua lagi model kereta VinFast iaitu Fadil dan VinFast Sedan LUX 2.0.
VinFast yang merupakan anak syarikat konglomerat Vingroup, adalah syarikat pembuat kereta Vietnam.
Iklan
Kilang pemasangan VinFast dilancarkan pada tahun 2017 dan model pertamanya Fadil dilancarkan pada tahun lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>