Harap Eky jumpa saya: Ahmad Faizal
Iklan
Aksi Shahrel Fikri (tengah) ketika berdepan pasukan lamanya, PKNP FC musim ini. Foto: Perak FA
"JAUH hati? Saya harap dia dapat berjumpa dengan saya." itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung status penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang dikatakan mula 'jauh hati' dengan skuad The Bos Gaurus.
Malah, tindakan Shahrel Fikri yang hanya meninggalkan gambar ketika menyarung jersi Harimau Malaya dan kelab League 1 Thailand, Nakon Ratchasima FC selain ketika beraksi dengan PKNP FC dua musim lalu di laman Instagram miliknya semakin menguatkan andaian berkenaan.
Iklan
Iklan
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, beliau sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara berkenaan termasuk tindakan Shahrel Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan Eky memadamkan gambar-gambarnya ketika beraksi dengan Perak di laman Instagramnya.
"Saya pun tak tahu mengenai perkara ini. Cerita tentang dia memadamkan gambar dalam IG (Instagram) pun saya tak tahu. Dia (Shahrel Fikri) saya anggap seperti anak sendiri.
Iklan
"Dalam ramai-ramai pemain Perak, Shahrel Fikri saya anggap seperti anak sendiri, jadi tentunya kalau dia ada masalah, saya harap dia dapat berjumpa dengan saya. Bukan sebagai Presiden PAFA tetapi ayahnya," katanya pada sidang media di Ipoh semalam.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, PAFA berkemungkinan menyambung kontrak Shahrel Fikri yang akan tamat pada penghujung musim ini.
Iklan
"Antara pemain paling saya kagum adalah Shahrel Fikri. Kalau saya pengurus pasukan, saya tentu akan masukkan beliau sebagai pemain dan tentunya kontrak akan disambung.
"Namun, sebagai Presiden (PAFA) saya sentiasa menghormati keputusan dibuat oleh Exco PAFA dan pengurus Perak kerana dalam misi memperkasakan sesebuah pasukan, kita tak boleh banyak kepala atau jeneral.
"Kita buat keputusan untuk beri tanggungjawab kepada seseorang itu, maka kita kena hormati keputusan yang dibuat oleh beliau," jelasnya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.