Tujuh maut pesawat ringan, helikopter bertembung di udara

Iklan
Bangkai salah satu pesawat yang terlibat dalam nahas udara di Pulau Mallorca, Sepanyol semalam. - Foto AFP

MADRID - Tujuh orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan maut apabila sebuah helikopter dan pesawat ringan bertembung di udara dalam kejadian di Pulau Mallorca, Sepanyol semalam.

Kerajaan Kepulauan Balearic berkata menerusi Twitter, kedua-dua pesawat terhempas berhampiran bandar Inca kira-kira jam 1.35 petang (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Jurucakap polis memaklumkan, kesemua penumpang, dua dalam pesawat ringan dan lima dalam helikopter, maut dalam nahas terbabit.

Ketika kejadian, helikopter tersebut membawa satu pasangan bersama dua anak mereka beserta seorang juruterbang.

Iklan

Helikopter itu didaftarkan di Jerman namun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti kewarganegaraan kesemua mangsa.

Polis berkata, kedua-dua pesawat terhempas di sebuah padang.

Iklan

Mallorca dan Kepulauan Balearic lain popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara terutama pada musim panas. - AFP