Johor siap siaga hadapi musim banjir
Iklan
Mat Zin (dua dari kiri) menunjukkan aset yang diterima kepada Badrul Hisham (empat dari kanan).
ISKANDAR PUTERI - Seramai 5,107 anggota penyelamat, 89 buah lori serta 148 buah bot telah bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian banjir di negeri ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Datuk Dr Badrul Hisham Kassim berkata, aset dan anggota itu adalah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Iklan
Iklan
"Selain itu, Jabatan Kesihatan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta lain lain agensi turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Aset-aset dari agensi sokongan turut boleh digerakkan mengikut keperluan seperti aset daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain agensi," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Aset (APM) negeri di Dataran Kota Iskandar, di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah APM negeri, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang.
Iklan
Mengulas tentang program itu, Badrul Hisham berkata, APM Johor menerima 31 aset baharu bernilai RM607,550 bagi memperkasakan jentera pengurusan bencana sekiranya berlaku sebarang bencana alam khususnya banjir di negeri ini.
"Agensi berkenaan telah menerima kesemua aset baharu pada 16 Julai lalu yang meliputi 30 buah bot penyelamat gentian kaca 14 kaki serta aksesori bernilai RM342,000 dan sebuah bot penyelamat gentian kaca 32 kaki serta aksesori bernilai RM265,550.
"Kesemua aset kemudian diagihkan ke seluruh daerah di negeri ini," katanya.
Beliau berkata, simbolik penyerahan kesemua aset menunjukkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah dalam fasa siap siaga bagi menghadapi kejadian banjir khususnya Monsun Timur Laut dari November hingga Mac tahun depan.
"Berdasarkan ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Johor akan mengalami satu hingga dua luruan monsun yang boleh mengakibatkan banjir," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>