[VIDEO] Batal himpunan tak mahu orang awam cedera

Iklan
Himpunan 'Say No Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races' dibatalkan penganjur.

KUALA LUMPUR - Pembatalan himpunan 'Say No Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races' dibuat atas rasional tidak mahu orang awam tercedera, kata penganjurnya, Shankar Ganesh.

Selain itu, beliau mengakui menghormati nasihat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memintanya tidak meneruskan himpunan hari ini.

Iklan
Iklan

"Anwar nasihatkan saya untuk tidak meneruskan himpunan hari ini. Saya pegang janji beliau untuk adakan pertemuan minggu depan bagi membincangkan berhubung status Dr Zakir.

"Lagipun, saya dukung prinsip untuk menjaga keamanan kerana tidak mahu orang awam dicederakan. Kami pentingkan keselamatan orang awam," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Shankar turut memaklumkan, semua akses akaun media sosial miliknya disekat.

"Semua akaun media sosial saya disekat, sedangkan saya bercakap perkara benar," katanya.

Iklan

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Shankar membatalkan perhimpunan aman hari ini selepas mendapat panggilan telefon daripada Presiden PKR.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik: Anwar janji jumpa penganjur himpunan minggu depan

"Anwar telah menelefon saya dan meminta untuk membatalkan perhimpunan tersebut. Beliau berjanji untuk membantu masyarakat India.

"Beliau telah memberikan kami temu janji untuk bertemu dengannya pada minggu depan bagi membincangkan isu-isu ini. Saya telah bersetuju terhadap permintaan beliau dan saya mahu meletakkan keyakinan terhadap janji beliau," katanya.

Selain itu, kata Shankar himpunan hari ini juga dibatalkan kerana kegagalan pihak penganjur mendapatkan permit polis.