Kem skuad wanita kebangsaan diserang virus influenza B

Iklan
Gambar hiasan

SKUAD wanita negara berdepan dengan situasi memilukan apabila dibelasah Thailand 7-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A pada saingan Kejuaraan Bola Sepak Wanita Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 di Chonburi, Thailand, hari ini.

Menjelang perlawanan tersebut, skuad kendalian Jacob Joseph dirundung malang apabila dua tonggak utama Lovelytha Jelus dan Nur Haniza Saarani dimasukkan ke hospital semalam akibat diserang virus influenza B.

Iklan
Iklan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam entri terkini laman Facebook rasminya, berkata selain dua pemain utama, dua lagi pemain dan dua pegawai turut mengalami demam dan dibawa ke hospital, namun didapati tidak dijangkiti virus itu.

Selain itu, beberapa pemain lagi juga mengalami sakit tekak dan selesema, sekali gus sedikit sebanyaktelah mengganggu persiapan pasukan dan percaturan jurulatih bagi menghadapi perlawanan malam ini, menurut FAM.

Iklan

Thailand mengekalkan rekod bersih untuk ke separuh akhir apabila muncul juara kumpulan diikuti Filipina di tangga kedua.

Malaysia mengakhiri saingan di tempat ketiga dengan enam mata, hasil dua kemenangan dan dua kalah.

Iklan

Pada separuh akhir, Ahad ini, Thailand akan menentang naib juara Kumpulan B, Myanmar manakala Filipina akan bertemu juara kumpulan B, Vietnam. - Bernama