Maipk tiada kaitan dengan DPEIN

Iklan

IPOH - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) tidak pernah terlibat di dalam Program Gagasan Dakwah Ekonomi 3M yang dijalankan Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Mohd Haidi Sulaiman berkata, perkataan Baitulmal yang tertera pada risalah, poster dan hebahan dalam promosi program tidak ada kaitan dengan Maipk.

Iklan
Iklan

"Maipk dengan ini menafikan apa-apa kaitan mahupun penglibatan di dalam program yang dijalankan oleh DPEIN. Perkataan 'Baitulmal' yang digunakan di dalam program berkenaan sama sekali tidak merujuk kepada Baitulmal yang terletak di bawah tanggungjawab atau yang diuruskan oleh Maipk.

"Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh DPEIN hendaklah difahami sebagai tidak diberikan atau disahkan oleh Maipk," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Iklan

Mohd Haidi berkata, pihak Maipk tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak melalui program yang dikendalikan oleh DPEIN itu.

Sementara itu, Presiden DPEIN, Wahid Bahadin yang dihubungi Sinar Harian menjelaskan pihaknya turut tidak terlibat dengan sebarang program Baitulmal Maipk.

Iklan

Menurutnya, Baitulmal tersebut adalah daripada pihak DPEIN sendiri melalui geran bersyarat.