Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur menjual pegangan mereka daripada memegang mata wang Amerika Syarikat itu menjelang ucapan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell di Jackson Hole hari ini.
Pada jam 9.17 pagi, ringgit berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1910 semasa ditutup pada Khamis.
Iklan
Iklan
Mesyuarat Jackson Hole merupakan simposium tahunan bank-bank pusat dari seluruh dunia, yang diadakan di kawasan pergunungan Jackson Hole, Wyoming.
Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata, harapan tinggi pada ucapan Powell di Jackson Hole selepas bulan Ogos yang kurang menggalakkan bagi pelabur dengan retorik mengenai kemelesetan dan perang perdagangan yang meningkat.
Iklan
"Peniaga terus memberi tumpuan kepada keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan di luar kedudukan tersebut.
"Akhirnya, minit FOMC tidak banyak memberi perhatian kepada hala tuju pasaran secara am dengan jumlah sekali lagi tidak memuaskan mengikut sebarang piawaian. Peniaga spekulatif sama ada memilih kepada lindung nilai atau tidak memasuki pasaran," katanya.
Iklan
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6357/6429 daripada 4.6407/6449 semasa ditutup pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding pound British kepada 5.1245/1311 daripada 5.0813/0854.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.9277/9328 daripada 3.9365/9404 dan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0195/0242 daripada 3.0197/0221. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>