Rogol amah: Exco Perak dihadap ke mahkamah esok

Iklan
Gambar kecil, Paul Yong Choo Kiong.

IPOH - [DIKEMASKINI] Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh di sini esok atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, Julai lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Pada 8 Julai lalu, Paul yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri dikaitkan dengan tuduhan rogol berikutan laporan polis dibuat pembantu rumahnya.

Wanita berusia 23 tahun itu mendakwa dirogol majikannya di kediaman di Meru sehari sebelum laporan dibuat.

Iklan

Paul kemudian ditahan pada 9 Julai lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Timbalan Pendakwa Raya negeri untuk tindakan seterusnya, namun dikembalikan semula kepada pihak polis sebanyak tiga kali bagi melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan laporan pakar perubatan dan Jabatan Kimia.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah

Exco Perak nafi rogol pembantu rumah

Istiadat angkat sumpah Exco Perak ditunda