Dua sekolah ditutup di Sarawak akibat jerebu
Iklan
MIRI - Seramai 1,906 murid termasuk 50 murid prasekolah dari dua sekolah rendah tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu semakin teruk di kawasan Kuala Baram.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, dua sekolah yang ditutup tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.