ILP Miri catat bacaan IPU berbahaya pagi ini
Iklan
Gambar hiasan
MIRI - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 404 setakat jam 9 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram.
Iklan
Iklan
"Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 di Miri mencatatkan bacaan IPU 204 iaitu sangat tidak sihat manakala Miri merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 93 setakat pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Iklan
Menurutnya, jumlah titik panas yang dikesan setakat ini ialah dua di Sarawak, 22 di Kalimantan dan 13 di Sumatera.
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, operasi pemadaman api di kawasan terjejas akan diteruskan hari ini dengan menggunakan helikopter Bomba dan pesawat Bombadier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dibahagikan kepada tiga sektor.
Iklan
Law berkata, helikopter bomba akan memadamkan kebakaran menggunakan kaedah bom air di sekitar kawasan sektor 2 berhampiran dengan ILP Miri.
"Sektor 1 operasi akan dijalankan oleh pasukan bomba dari Balai Lopeng untuk memadamkan asap berdekatan tepi jalan,” katanya.
Katanya, pesawat Bombardier masih meneruskan pemadaman di sektor 3.
Untuk rekod, pesawat Bombardier telah berada di sini selama seminggu untuk membantu operasi pemadaman di Kuala Baram. - Bernama
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.