Program TMP perkukuh kerjasama tentera laut tiga negara
Iklan
SANDAKAN – Pelaksanaan Program Rondaan Maritim Trilateral (TMP) menjadi landasan penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Laut Filipina (TLF) dan Tentera Laut Indonesia.
Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 TLDM hari ini, Kapal TLDM terlibat dalam program itu adalah KD Sri Gaya diketuai Pegawai Pemerintah Left Komander Mohd Nor Fazli Mat Hassan, manakala kapal TLF membabitkan kapal BRP Anastacio Cacaroyin PC 387 diketuai Left Komander Ignacio M Umali PN.
Kedua-dua kapal tersebut melaksanakan rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan di garis sempadan maritim untuk Inisiatif Bertukar Maklumat, kata kenyataan itu.
Di bawah siri program ini, kru kedua-dua kapal telah mengadakan perbincangan operasi dan perkongsian maklumat khususnya dalam mengenal pasti kawasan tumpuan serta perancangan latihan dilaksanakan, kata kenyataan tersebut.
Sepanjang tahun ini sebanyak 20 siri program itu dilaksanakan dan terakhir semalam membabitkan kapal TLDM dan TLF.
Selain itu, kru kedua-dua kapal tersebut mengadakan aktiviti"crossdeck” melibatkan lawatan ke tempat kerja masing-masing bagi mengenali tatacara dan prosedur yang diguna pakai oleh TLDM dan TLF.
Menurut kenyataan itu, inisiatif TMP dapat meningkatkan keyakinan masyarakat setempat dan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dan Filipina bersama Indonesia dalam mengurus isu keselamatan maritim terutama di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
Di samping itu, rondaan TMP dapat menurunkan kadar jenayah rentas sempadan dan mengekalkan kestabilan keselamatan maritim serta menjadi salah satu medium bagi ketiga-tiga angkatan laut untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala serta memperoleh manfaat daripada perkongsian ilmu dan latihan bersama.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>