Surat ugutan berserta senjata tajam: Ini politik samseng!

Iklan
Laporan polis dibuat oleh ahli DAP Balakong berhubung kejadian terbabit.

SHAH ALAM - Ini politik samseng, demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki berhubung ugutan diterima pembantunya semalam.

"Tiada ruang untuk mereka yang cuba bermain politik kotor di Malaysia Baharu ini, inilah sebab kami melapor polis.

Iklan
Iklan

"Setiap rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan peribadi mereka sekiranya pandangan tersebut tidak berunsur rasis atau mengancam mana-mana pihak, tiada sesiapa patutnya diugut sebegini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, pembantu politik Siew Ki membuat laporan polis selepas menerima sepucuk surat berbaur ugutan jenayah yang difahamkan berkaitan dengan kempen bantah tulisan jawi.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu ADUN Balakong buat laporan terima surat ugutan

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, laporan dibuat mangsa berusia 42 tahun pada jam 5.15 petang.

Iklan

Mangsa mendakwa, surat berbaur ugutan jenayah itu diposkan ke rumahnya di Kajang oleh seorang individu yang tidak dikenal pasti.

"Kandungan surat tersebut berbaur ugutan selain terdapat sebilah senjata tajam di dalam sampul tersebut.

"Kejadian ugutan itu kali pertama berlaku terhadap mangsa dan kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan," kata Ahmad Dzaffir menerusi satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Siew Ki berharap pihak polis dapat menjalankan sisatan sehingga tertangkapnya individu yang berbuat demikian.

"Saya berharap penjenayah ini dapat ditangkap secepat mungkin demi menjaga keselamatan dan kebebasan rakyat Malaysia," katanya.