Kontraktor Kelas F berisiko gulung tikar
Iklan
Che Lok Yusof
KUALA TERENGGANU - Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) Terengganu menggesa kerajaan membatalkan keputusan membuka semula lesen kontraktor G1 bermula 1 September depan.
Yang Dipertuanya, Che Lok Yusof berkata, dengan keadaan kekurangan projek dihadapi sekarang, lebih 2,500 kontraktor kelas F sedia ada di negeri ini berdepan dengan risiko gulung tikar sekiranya keputusan itu diteruskan.
Iklan
Iklan
"Kontraktor di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja ada lebih kurang 600 orang. Bayangkan projek hanya ada tujuh untuk dicabut undi tapi yang datang lebih 165 kontraktor.
"Bagaimana kami mahu cari makan dengan keadaan begini, projek kurang tapi masih mahu keluarkan lesen baharu, ini tidak logik akal,” katanya.
Iklan
Menurutnya, keadaan kontraktor kelas F kini begitu tenat berikutan projek yang begitu terhad hingga memaksa sebahagian besar mereka menjual lesen kepada pihak lain bagi meneruskan hidup.
ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor Bumiputera Kelas F ditindas?
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>