'Walaupun lumpuh, suami terima saya seadanya'
Iklan
Siti Aisyah (berkerusi roda) bersama suaminya.
BATU PAHAT - Seorang pengantin lelaki tidak menjadikan kekurangan isterinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai penghalang untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Tambah meriah, pasangan suami isteri berkenaan disatukan dengan suasana yang cukup meriah bersama 17 lagi pasangan mempelai dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, semalam.
Iklan
Iklan
Siti Aisyah Zaid, 22, berkata, dia bersyukur suaminya, Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25, sanggup menerima kekurangan yang dialaminya walaupun pada awalnya dia mempunyai fizikal yang normal seperti insan-insan lain.
"Kedua-dua kaki saya ini lumpuh selepas motosikal yang saya tunggang terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu dan ketika itu saya masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun kami masing-masing tinggal di daerah ini.
Iklan
"Kami hanya berkenalan pada tahun lalu secara tidak sengaja melalui permainan video atas talian, Player Unknown's Battleground (PUBG) pada tahun lalu dan bermula dari situ, hubungan kami bertambah akrab sehingga membuahkan rasa cinta," katanya.
Sebanyak 18 pasangan pengantin yang menyertai Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat.
Sementara itu, Amirul Syahmi berkata, dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya itu selepas diberitahu oleh ahli keluarganya mengenai Majlis Pernikahan Beramai-Ramai tersebut kira-kira beberapa bulan lalu.
Iklan
Menurutnya, walaupun dengan bayaran hanya RM3,500, beliau secara peribadi berpuas hati apabila perjalanan majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan meriah dan akan dijadikan kenangan terindah dalam sejarah hidup dia dan isterinya.
Sementara itu, Kadi Daerah Batu Pahat, Dzukafli Mohamed berkata, program yang kali kedua dijalankan sejak tahun 2016 itu merupakan salah satu inisiatif Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat untuk menggalakkan bakal pengantin di daerah ini mendirikan rumah tangga.
"Walaupun kita iklankan majlis ini dalam tempoh empat bulan, sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana kami sedar untuk mendirikan rumah tangga sekarang perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan selepas ini kami rancang untuk adakan majlis seperti ini dua kali setahun.
"Apa yang menariknya kali ini, kesemua pasangan pengantin ini akan diraikan selama dua hari satu malam dan terdapat banyak pengisian termasuk penginapan di hotel, candle light dinner, cabutan bertuah dan konvoi pengantin," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>