Komited basmi dadah dalam kakitangan awam

Iklan
Mohamad Farid melihat kakitangan AADK Yan melakukan pemeriksaan urin ( Gambar kanan: Kakitangan AADK Yan sentiasa memberi kerjasama baik dalam melakukan pemeriksaan ke atas diri mereka)

YAN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Yan komited dalam memastikan kakitangannya bebas daripada unsur dadah.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pihaknya telah menjalankan ujian saringan air kencing dalam kalangan kakitangan mereka.

Iklan
Iklan

Katanya, ini adalah bertujuan untuk memastikan visi dan misi AADK tercapai, iaitu sebagai agensi pemandu yang memacu ke arah negara bebas dadah.

"AADK juga turut menjalankan pemeriksaan urin terhadap kakitangan agensi lain bagi tempoh waktu yang berbeza," katanya.

Iklan

Mohamad Farid berkata, pada tahun 2017, seramai 359 daripada 34,420 penjawat awam atau 1.04 peratus adalah positif dadah.

"Kita mahu memastikan jumlah ini berkurangan dari tahun ke tahun sehingga mencatatkan peratus kosong.

Iklan

"Ini kerana, penjawat awam sentiasa berdepan dengan masyarakat dalam menyampaikan perkhidmatan mereka," katanya.

Mohamad Farid berkata, justeru mereka perlu bersih daripada gejala dadah ini dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan untuk masyarakat.

"AADK juga turut menekankan lapan amalan pencegahan dadah di tempat kerja antara nya ialah komitmen dan kepimpinan pengurusan atasan dalam menekankan berkaitan polisi dan kawalan ke atas pekerja.

"Selain itu juga, setiap agensi perlu mewujudkan jawatankuasa pencegahan dadah dalam organisasi dalaman dan banyak lagi," katanya.