Tiada komponen PH boleh dabik dada mengaku kuat
Iklan
Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian
PASIR SALAK - Tiada parti dalam Pakatan Harapan (PH) boleh mendabik dada dan menyatakan bahawa ia kuat berbanding parti komponen lain dalam gabungan itu, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Beliau berkata, kesemua parti komponen dalam PH perlu sedar bahawa mereka tidak akan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional jika bergerak sendirian.
Iklan
Iklan
"Tiada satu parti pun kalau sendirian dapat mengambil pentadbiran Malaysia. Persetujuan pembentukan struktur PH menyebabkan rakyat yakin untuk memilih kita.
"Sekiranya parti dalam PH bertanding sendirian, Amanah satu kerusi pun tidak menang begitu juga Bersatu, DAP mungkin boleh, sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menang di beberapa tempat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Pasir Salak kali ketiga di sini hari ini.
Iklan
Menurut Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, semua parti dalam PH perlu terus berusaha mengeratkan kerjasama antara parti untuk memastikan ia terus berkuasa pada PRU akan datang.
"Jangan ada yang mendabik dada mengatakan parti aku kuat di sini. Semua kita tidak kuat melainkan dengan bersatu padu dan muafakat. Tidak ada formula lain untuk menang. Insya-ALLAH PH akan memerintah lagi," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Isu hutang calon PN: Pimpinan Bersatu sudah diberi penjelasan" /><meta itemprop="description" content="Isu hutang calon PN: Pimpinan Bersatu sudah diberi penjelasan
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #AhmadFaizalAzumu #pilihanrayakecil #CalonPN #KhairulAzhariSaut" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-03T03:11:31.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEJo21cD5NZ1cHbwh/x120" /><meta itemprop="duration" content="P64S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xveki" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xveki"></script>