'Jangan hina benteng keamanan negara'

Iklan
Ahli persatuan PVATM Melaka yang berkumpul sebagai tanda sokongan wakil mereka membuat laporan polis terhadap Yew Yin.

MELAKA TENGAH - Tuduhan ahli perniagaan, Koon Yew Yin disifatkan menghina tentera itu begitu berat dan tidak boleh dimaafkan walaupun individu terbabit sudah membuat permohonan maaf.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka, Ahmad Ibrahim berkata, pasukan tentera yang sanggup menggadai nyawa sehingga sekarang tidak pernah menyentuh atau mengganggu Yew Yin yang selama ini menikmati kekayaan dicapai.

Iklan
Iklan

"Tentera tidak pernah ganggu dia dan seharusnya dia tahu tanpa keamanan yang dijaga tentera di belakang tabir ini tidak mungkin dia mampu mencapai kekayaan yang dia ada," katanya.

Tergamak dia mengeluarkan kenyataan sedemikian sehinggakan bukan sahaja mengguris hati anggota tentera yang sedang berkhidmat malah bekas tentera termasuk veteran tentera.

Iklan

Ahmad berkata, pihaknya tidak akan melakukan demonstrasi namun mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap Yew Yin dan dibawa ke muka pengadilan serta dikenakan hukuman semaksimum mungkin supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

"Kami minta pihak polis mengambil tindakan dan tidak mustahil ia mempunyai perancangan sendiri kerana tidak sampai 24 jam dia kemudiannya meminta maaf dan apakah motif dia mengeluarkan kenyataan itu.

Iklan

"Lebih 25 tahun saya bertugas sebagai tentera termasuk di zaman komunis, kenyataan yang dikeluarkannya adalah sangat jahat sedangkan tentera berada di dalam hutan demi menjaga keamanan, keharmonian dan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebahagian ahli PVATM cawangan Masjid Tanah yang membantah tindakan Yew Yin yang mempersendakan pasukan tentera.

Ahmad yang juga Ketua Cawangan PVATM Masjid Tanah berkata, beberapa cawangan PVATM di negeri ini sudah membuat laporan petang kelmarin termasuk Alor Gajah, Rumbia, Ayer Keroh selain PVATM peringkat negeri membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir.

"Walaupun sudah berusia, tapi sekiranya dipanggil untuk berkhidmat dalam pasukan di usia sebegini, saya sanggup terima dan masih bersemangat untuk jalankan amanah yang diberikan.

"Sehingga sekarang kita masih marah dan ramai yang marah, saya harap anggota tentera teruskan perjuangan dan tetap bersemangat walaupun ada yang mempertikaikan tugas sebagai anggota tentera," katanya.

Terdahulu, pada 12 Ogos lalu, Yew Yin menerusi satu tulisan dalam blognya bertajuk ‘cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita’ antara lain berkata, ramai anggota tentera hanya makan dan tidur.