Jerebu: IPU di Sri Aman, ILP Miri kembali meningkat
Iklan
KUCHING - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman dan Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri kembali mencatat peningkatan kepada kategori ‘Sangat Tidak Sihat’, setakat 10 pagi ini.
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman melonjak kepada bacaan 241 daripada 76 yang catat pada 12 tengah malam semalam.