Zakir Naik selesai beri keterangan di Bukit Aman
Iklan
KL418
KUALA LUMPUR - Penceramah bebas Dr Zakir Naik selesai memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.
Dr Zakir hadir di Bukit Aman selepas solat Jumaat hari ini dan dilihat meninggalkan ibu pejabat polis itu pada 8.15 malam ini.
Iklan
Iklan
Beliau yang berpakaian putih dan berkopiah, kelihatan meninggalkan Bukit Aman dengan sebuah kereta jenis Toyota Innova dan cuba ditahan anggota media bagi mendapatkan ulasannya, namun tidak berjaya.
Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Bukit Aman mengenai kehadiran Dr Zakir di Bukit Aman.
Iklan
Antara kenyataan kontroversi Dr Zakir ialah semasa ceramahnya pada 3 Ogos, di mana beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding Dr Mahathir.
Beliau juga turut dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap masyarakat Cina di Malaysia dengan berkata mereka perlu diusir terlebih dahulu sebagai respons kepada desakan supaya beliau diusir dari negara ini.
Iklan
Semalam, polis telah menerima 115 laporan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung isu berkenaan.
Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PDRM akan memanggil Dr Zakir untuk disoal siasat polis berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman.
Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata masalah yang dihadapi kerajaan ialah Dr Zakir, tidak boleh dihantar balik ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.
Bagaimanapun, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Dr Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>