10 jemaah haji Malaysia meninggal di Tanah Suci: Mujahid
Iklan
BESUT- Seramai 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadat haji sehingga kini, berbanding 42 orang pada musim haji tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Dalam pada itu, katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia, antaranya menyarankan kepada mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan.