Sinergi media jayakan #QuranHour

Iklan
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyampaikan ucapan ketika Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Seluruh media dalam pelbagai platform diseru meneruskan sinergi untuk menjayakan kempen #QuranHour bagi menanam gelombang tsunami al-Quran kepada orang ramai.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merangkap Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, sinergi media diakui menjadi tonggak kejayaan kempen sebelum ini dan diharap usaha itu bukan diadakan sewaktu program-program #QuranHour sahaja bahkan sebagai kempen berterusan sepanjang masa.

Iklan
Iklan

"Tidak boleh berhenti (pada program #QuranHour), perlu teruskan kerana mahu merealisasikan hasrat untuk mengQurankan ummah, ikhlaskan bangsa berpandukan al-Quran.

"Justeru gabungan pelbagai media sekali lagi pada kali ini untuk Malaysia #QuranHour 1440H/2019 bukan hanya bagi menjayakan program yang bakal berlangsung 30 Ogos ini sahaja, tetapi ia satu kempen berterusan,” katanya pada majlis Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019 di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Iklan

Iktibar daripada surah al-Kahf

Pemilihan surah al-Kahf bertepatan dengan masyarakat hari ini

Iklan

Terjemahan erti kemerdekaan melalui surah al-Kahf