Lelaki maut selepas selisih faham

Iklan
Rakaman dari video insiden yang tular di media sosial

KAJANG - Seorang lelaki maut dipercayai akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki ekoran perselisihan faham di antara mereka selepas terlibat dengan kemalangan sekitar jam 1.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sekitar jam 3.40 petang pihaknya menerima maklumat dari Hospital Nilai mengenai seorang lelaki yang meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan polis mendapati punca kematian mangsa berpunca daripada insiden perselisihan faham semasa kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

"Mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan bergelut dengan suspek lelaki berusia awal 40-an. Akibat pergelutan, mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Iklan

Ahmad Dzaffir berkata, bertindak atas maklumat, suspek dan isterinya yang berusia awal 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Siti Aisyah Saad di talian 016-406 4202 atau ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 15 saat berkaitan insiden berkenaan.