Ubah subjek Pengajian Malaysia

Iklan

SAYA tidak pernah mengambil subjek Pengajian Malaysia dan tidak tahu banyak mengenainya. Tetapi melihat daripada mereka yang telah mengambilnya dan apa yang sedang berlaku dalam negara ini, saya dapat ringkaskan bahawa subjek ini tidak ada nilai untuk pembangunan masyarakat.

Anak-anak saya yang telah melalui pendidikan di universiti swasta telah mengambil subjek ini dan melalui perbualan saya dengan mereka, saya telah mendapat cukup data untuk menyimpulkan bahawa subjek ini perlu disusun semula jika kita hendak melahirkan generasi baru yang berfikiran kritikal dan rakyat Malaysia yang berhati mulia.

Iklan
Iklan

Saya ingin mencadangkan bahawa subjek Pengajian Malaysia ini diberi nama baru iaitu Membina Malaysia dan Peranan Warganegara.

Subjek ini diberi nama baru adalah untuk mendapatkan satu perkara yang utama dan penting... nasib negara kamu adalah salah kamu! Ia adalah satu subjek yang mempunyai mesej utama untuk menyampaikan satu idea iaitu rakyat adalah orang yang patut memulakan perubahan sama ada secara individu, melalui masyarakat sivil dan melalui peti undi.

Iklan

Setelah menghuraikan objektif utamanya dalam melahirkan rakyat yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan toleransi, saya mencadangkan bahawa subjek baru ini terdiri daripada tiga modul utama.

Modul 1: Maksud Demokrasi dan Tadbir Urus yang Bertanggungjawab.

Iklan

Modul 2: Peranan Masyarakat Sivil dalam Memulakan Perubahan.

Modul 3: Hubungan Kaum dan Masyarakat Terbuka.

Modul 1: Maksud Demokrasi dan Tadbir Urus, terdapat tiga sesi ceramah dan satu tugasan.

Dua daripada sesi ceramah itu perlu dikendalikan oleh pensyarah modul ini tetapi sesi ceramah ketiga mesti dikendalikan oleh ahli politik yang dijemput, sebaik-baiknya seorang ahli Parlimen atau ADUN atau seorang ahli politik yang berpengalaman dari sebarang parti politik.

Cabaran hubungan kaum

Modul 2: Peranan Masyarakat Sivil dalam Memulakan Perubahan, juga terdapat tiga sesi ceramah dan satu tugasan. Dua daripada ceramah itu perlu disampaikan oleh pensyarah modul ini tetapi ceramah yang ketiga mesti daripada tetamu yang dijemput daripada masyarakat sivil itu sendiri.

Modul 3: Hubungan Kaum dan Masyarakat Terbuka. Tujuan utama modul ini adalah untuk membolehkan pelajar menyerapkan diri mereka dalam satu isu yang telah menegangkan hubungan kaum dalam negara ini.

Terdapat tiga sesi ceramah. Dua daripada ceramah itu akan disampaikan oleh pensyarah modul ini tetapi ceramah yang ketiga mesti daripada tetamu yang dijemput yang akan bercakap tentang cabaran hubungan kaum dalam negara ini.

Akhir sekali, pensyarah untuk subjek yang baru dicadangkan ini perlu diteliti dan dipilih dengan cermat supaya kita akan dapat pensyarah terbaik yang betul-betul percaya dengan kepentingan subjek ini iaitu untuk pembangunan masyarakat dan keharmonian bersama.

Pensyarah ini boleh mengambil beberapa kerja pelajar mereka dan menulis semula dalam bentuk artikel untuk artikel media dalam kertas kerja konferens dan juga bab dalam buku untuk kenaikan pangkat dalam akademik sambil memberi pengiktirafan dan kutipan yang betul.

Universiti mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan bukan sahaja mahasiswa dan mahasiswi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dalam industri tetapi ia juga perlu memastikan bahawa graduan yang keluar daripada universiti boleh memberi kesan kepada perubahan positif dalam konstruk pembangunan masyarakat.

Jika tidak, negara ini akan selamanya dihancurkan oleh retorik kaum dan agama yang tidak ada kesudahan. Kementerian Pelajaran perlu mengubah semula modul Pengajian Malaysia dengan segera jika tidak kita akan menghadapi satu kurun lagi perselisihan kaum dan agama yang akan membawa negara ini terjerumus ke dalam jurang yang tiada terukur dalamnya.

*Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi ialah Pensyarah UCSI University Kampus Cheras, Kuala Lumpur