Rakyat sudah meluat!

Iklan

SOSAK-SOSEK itu berbunyi lagi, macamlah benar-benar akan ada usul undi tidak percaya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Terkini Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menegaskan kesemua 18 orang ahli Parlimen Pas tidak akan menyokong sekiranya ada usul undi tidak percaya itu.

Iklan
Iklan

Terdapat gesaan pihak-pihak tertentu supaya Perdana Menteri yang telah dilantik mengikut Perkara 43(2), Perlembagaan Persekutuan supaya menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada seseorang ahli Parlimen lain.

Sebenarnya rakyat sudah naik bosan – dan meluat – dengan kemelut yang terjadi sekarang, macamlah tidak ada kerja lain yang lebih penting daripada asyik hendak jadi Perdana Menteri.

Iklan

Cukup-cukuplah bertelagah mengenai perkara ini, jangan tunjukkan kemaruk dan gelojoh untuk merebut kuasa. Kena yakin dan sabar. Kalau tidak sabar takut nanti semua tidak dapat!

DALAM waktu yang sama disosak-sosekkan bahawa kedudukan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor juga dikatakan goyah.

Iklan

Konon beliau berhadapan undi tidak percaya walaupun Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping berkata, desas-desus itu hanyalah untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam pentadbiran negeri.Ada tangan-tangan ghaib berusaha untuk mengangkat orang lain menjadi Menteri Besar Selangor. Kalau asyik berebut hendak jadi MB dan PM, bila masa hendak bekerja untuk rakyat?

Bosan betul!

SEMINGGU telah berlalu dan setakat semalam belum ada tanda-tanda positif mengenai nasib remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin.

Remaja 15 tahun yang mengalami masalah pembelajaran itu hilang ketika menginap di resort The Dusun, Pantai di Nilai, Ahad lepas.Tentu sekali keluarga gadis berkenaan setiap saat menanti dalam debaran dan kecemasan. Di pihak kita segala usaha telah dilakukan untuk mencari remaja berkenaan.

Seperti diberitahu, kekuatan anggota keselamatan yang terlibat seramai 252 orang membabitkan pelbagai agensi keselamatan seperti polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praaq.

Turut terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Perhutanan negeri.

Ada penduduk setempat yang berpendapat bahawa gadis berkenaan disembunyikan oleh makhluk ghaib dan ingin menawarkan bantuan secara ghaib juga.Pada hemat saya, sekiranya benar ada yang ‘melarikan’ Nora secara ghaib, tidak salah penduduk tolong mencarinya. Apa yang penting sekarang ialah gadis tersebut dapat dikembalikan kepada keluarga, tidak kira dengan apa cara pun. Tolonglah!

SETELAH dikontroversikan untuk beberapa ketika, isu khat dan tulisan jawi akhirnya reda – sekurang-kurangnya untuk ketika ini.Mulanya Kementerian Pendidikan nampak begitu tegas dan berkobar-kobar untuk menjadikan tulisan jawi dan khat sebagai benda wajib dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 mulai tahun depan.Setelah banyak pihak menentang dengan pelbagai ‘songeh’ akhirnya yang tegas dan berkobar-kobar itu menjadi kendur, menguncup.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik seperti mengalah apabila mengumumkan pembelajaran tulisan jawi di sekolah dilaksanakan secara pilihan dan guru diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.

Hatta jumlah muka surat yang melibatkan tulisan jawi juga dikurangkan daripada sepatutnya enam menjadi hanya tiga.

Sejak awal mereka yang menyokong jawi dan khat sebagai warisan bangsa, menegaskan kerajaan jangan berundur mengenai perkara ini; jangan ada U-Turn, mesti terus bertegas.

Apa yang terjadi sekarang bukan U-Turn, tetapi setengah U-Turn. Apa boleh buat!

AKHIR kalam, masih ada kaitan dengan warisan bangsa. Bukan mengenai tulisan jawi tetapi perihal replika buku pada bumbung bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Alkisah replika yang telah diletakkan di situ kira-kira 20 tahun kini hendak dirobohkan atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana melibatkan aspek keselamatan.Menurut Ketua Pengarah DBP, Abang Sallehuddin Abang Shokeran, kakitangan agensi itu sendiri pun mempunyai sentimental terhadap replika tersebut,"tetapi aspek keselamatan lebih penting.”

Ada yang kata rekaan struktur itu yang menyerupai rehal dilihat sebagai syiar Islam sesuai dengan agama itu sebagai agama persekutuan.

Replika berkenaan sudah berkarat dan rosak dikatakan boleh mengancam keselamatan. Sesetengah pihak kata kalau rosak, apa salahnya diperbaiki.

Tetapi kos memperbaiki dikatakan akan menelan biaya lebih RM12 juta, maka merobohkannya adalah dirasakan lebih munasabah.

Demikianlah nasib replika...

Cukup-cukuplah bertelagah mengenai perkara ini, jangan tunjukkan kemaruk dan gelojoh untuk merebut kuasa."