Huawei perkenal sistem operasi HarmonyOS

Iklan
Versi pertama sistem operasi tersebut akan dilancarkan menerusi produk skrin pintar pada tahun ini.

BEIJING - Syarikat telekomunikasi gergasi Huawei melancarkan sistem operasi mereka sendiri selepas ia menghadapi ancaman kehilangan akses kepada platform Android milik Google susulan perang perdagangan tercetus antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Sistem operasi yang paling dinanti-nantikan itu dianggap sangat penting untuk Huawei terus bertahan walaupun berdepan sekatan Washington yang menghalang firma di AS menjual produk teknologi kepada mereka.

Iklan
Iklan

Ketua Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu memperkenalkan HarmonyOS atau HonMeng dalam bahasa cina dalam satu sidang media di bandar Dongguan semalam.

Menurutnya, versi pertama akan dilancarkan pada tahun ini menerusi produk skrin pintar sebelum ia diperluaskan kepada pelbagai peranti pintas termasuk teknologi yang boleh dipakai untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Iklan

"Jika anda bertanya bila kami akan gunakannya pada telefon pintar. Jawapannya adalah pada bila-bila masa," jelasnya sambil menambah mereka memberi keutamaan kepada penggunaan Android.

Tambahnya, Huawei boleh terus beralih kepada HarmonyOS jika mereka tidak lagi boleh menggunakan Android pada masa akan datang.

Iklan

Difahamkan, Huawei juga tiada rancangan untuk melancarkan telefon pintar dengan HarmonyOS.

"Kami sentiasa bersedia dengan rancangan sokongan. HarmonyOS adalah berorientasikan masa depan dan direka untuk lebih lancar dan selamat yang mana ia amat berbeza berbanding Android dan sistem operasi Apple," ujarnya.

Huawei yang dianggap sebagai pemimpin untuk Generasi Kelima (5G) dan pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia telah disenaraihitamkan oleh Presiden Donald Trump selepas ia mendakwa syarikat terbabit mengintip untuk perkhidmatan risikan China, namun dinafikan oleh mereka. - AFP