Ketum jadi rebutan di Perancis

Iklan

BERITA konon ada tujuh daripada 22 pasukan profesional Eropah yang berkayuh di Tour de France 2019 (TdF 2019) – sebuah perlumbaan jelajah paling elit di dunia – menggunakan air ketum bagi memulihkan tenaga pelumba, pasti menggusarkan perasaan kita di tanah air.

Kepada rakyat Malaysia, ketum ialah satu perkataan yang tabu.

Iklan
Iklan

Penggunaan ketum sering dikaitkan seperti dadah yang mengkhayalkan.

Ketum diharamkan di negara ini mengikut Akta Racun 1952. Seksyen 30 akta itu menyebut `menjadi suatu kesalahan mengimport, mengeksport, mengeluar, menjual dan memiliki bahan psikotropik tersebut’.

Iklan

Tetapi kenapa air ketum digelar air ajaib di Perancis? Pengurus Team Jumbo-Visma, pasukan yang berdaftar di Belanda, Richard Plugge mendedahkan pelumbanya tampak segar selepas meminum air ketum atau disebut ketome atau ketone selepas berlumba di TdF 2019.

Plugge menyatakan air ajaib ketum memulih dan menyegarkan otot pelumba sepanjang TdF 2019.

Iklan

Rentetan penggunaan air ketum, Team Jumbo-Visma memenangi empat perlumbaan peringkat di TdF 2019. Paling mengejutkan World Anti-Doping Agency (WADA) mengesahkan ketum tidak disenarai sebagai bahan terlarang dan boleh digunakan atlet sukan.

Gundah gulana memikirkan soal ini, penulis menyemak laporan cyclingweekly.com yang menyebut tujuh pasukan mendapat manfaat besar daripada pengambilan air ketum.

Di tanah air pula, Timbalan Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia, Nishel Kumar turut mengesahkan ketum bukan senarai bahan larangan WADA.

Jadi kenapa saintis dan pakar pemakanan di Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan ketum?

Penulis cuba mengkaji apa sebenarnya yang ada dalam air ketum sehingga ia diharamkan di Malaysia walhal bahan tersebut dijadikan minuman kesihatan atlit di peringkat antarabangsa.

Bahan kimia utama Mitragynine yang terkandung dalam daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Sepciosa ialah bahan aktif utama dalam minuman ketum sebagai bahan alkaloid psikotropik atau bahan kawalan mengikut undang-undang Malaysia sebagai bahan beracun.

Ketum ditermakan sebagai bahan beracun gara-gara penyalahgunaan oleh penagih dadah yang memproses daun ketum menggunakan ramuan psikoaktif.

Ia dijadikan minuman yang mampu memberi kesan merangsang, sedatif dan euphoria sekali gus menyebabkan ketagihan dan khayal yang sangat maksimum.

Persoalan sekarang ialah kenapa air ketum yang digunakan pasukan profesional di TdF 2019 memberi kesan positif? Inilah yang disebut ALLAH dalam surah An-Nahl [6:141] bermaksud:"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).

Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan.

Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”Menyedari hakikat air ketum ada manfaat, penulis bercadang untuk mengumpul beberapa pakar pemakanan termasuk pakar pemakanan sukan Universiti Malaya (UM), Dr Sareena Hanim Hamzah seperti yang disyorkan seorang pensyarah Universiti Selangor (Unisel).

Penulis bercadang melakukan kajian terperinci dan hasilnya akan dibentang kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).

Sebenarnya sejak zaman dahulu daun ketum daripada pokok `kratom’ yang mencecah ketinggian sehingga 25 meter (75 kaki) dan garis pusat batang pokoknya sebesar 1 meter (3 kaki), telah ditemui dalam hutan bahagian Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.

Ketum digunakan secara tradisional untuk bahan kesihatan dan rangsangan tenaga bagi melakukan kerja berat seperti membalak dan berkebun.

Daun ketum juga digunakan sebagai ubat bagi merawat penyakit sakit belakang, demam, batuk dan cacing, selain kencing manis dan tekanan darah tinggi. Proses ekstrak air daun ketum dilakukan secara tradisional.

Penulis percaya daun ketum boleh diekstrak secara spesifik menerusi proses biologi molekular mengikut disiplin kejuruteraan biokimia lantas menjadikannya bahan sintetik yang tidak memberi kesan ketagihan.

Justeru, ketum boleh menjadi bahan perubatan yang diperlukan manusia.

Bidang kejuruteraan biokimia dan kejuruteraan biogenetik perlu segera diteroka oleh rakyat Malaysia. Jangan biarkan ketum menjadi aset di luar negara khususnya di Eropah. Pada masa yang sama, ketum jadi bahan cemuhan di tanah air sendiri.