PLUS sumbang 300 kon keselamatan
Iklan
Zakaria (11 dari kanan) bersama penerima kon keselamatan melibatkan tiga syarikat pengusaha kenderaan berat dalam satu majlis di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan menyumbangkan 300 kon keselamatan bernilai RM10,000 kepada tiga syarikat pengusaha kenderaan berat.
Syarikat pengusaha kenderaan berat terlibat ialah Persatuan Haulier Malaysia (AMH), Persatuan Pemilik Lori Selangor dan Kuala Lumpur dan Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur sebelum ia diedarkan kepada pemandu masing-masing.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, sumbangan itu pendekatan PLUS untuk mengurangkan kemalangan berpunca daripada lori yang terkandas di lebuh raya.
Menurutnya, penggunaan kon keselamatan penting untuk memberi amaran kepada pengguna dan mengelakkan kemalangan apabila lori terkandas di lebuh raya.
Iklan
"PLUS sentiasa berkolaboratif dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya. Ia termasuklah kolaboratif bersama pihak penguatkuasaan seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya.
"Kali ini, kami berkolaborasi dengan pengusaha syarikat lori untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kon keselamatan kepada tiga syarikat kenderaan berat, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Iklan
Sumbangan kon keselamatan itu lanjutan daripada Program Keselamatan PLUS bersama Komuniti Lebuhraya termasuk pengusaha syarikat lori yang dianjurkan baru-baru ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>