Hong Kong berdepan krisis terbesar sejak 1997

Iklan
Hampir 3,000 peguam berkumpul untuk menyertai protes di hadapan Mahkamah Rayuan Terakhir semalam.

HONG KONG - Hong Kong menghadapi krisis terbesar sejak ia diletakkan di bawah pemerintahan China oleh British pada 1997.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau, Zhang Xiaoming ketika menyertai mesyuarat di bandar Shenzhen semalam selepas lebih banyak protes dijangka melanda hab kewangan Asia itu.

Iklan
Iklan

"Krisis Hong Kong telah berterusan selama 60 hari dan semakin buruk.

Tindakan ganas juga makin meningkat dan kesan kepada masyarakat mula merebak secara meluas.

Iklan

Boleh dikatakan Hong Kong kini berdepan situasi terburuk sejak penyerahannya kepada Beijing,” katanya.

Sejak lebih dua bulan lalu, bandar raya tersebut dilanda siri protes ganas yang pada asalnya berpunca daripada bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi dan kini merebak kepada isu lain termasuk menuntut pengunduran Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Iklan

Seramai 44 penunjuk perasaan telah didakwa merusuh yang mana kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara 10 tahun. - Agensi