Tangguhkan lawatan tidak perlu ke Jammu, Kashmir: Wisma Putra
Iklan
Wisma Putra
PUTRAJAYA - Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan ekoran keadaan semasa.
Iklan
Iklan
Menurut Wisma Putra lagi, Malaysia sedang memantau keadaan di Jammu dan Kashmir kerana negara ini mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan India dan Pakistan.
"Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinterasksi semula dalam dialog dan rundingan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian yang baik,” tambah kenyataan itu.
Iklan
Dilaporkan bahawa pihak berkuasa India pada Jumaat memberitahu pelancong supaya meninggalkan Kashmir kerana 'ancaman keganasan', manakala laporan media menyatakan 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja).
Iklan
"Alamat e-mel Suruhanjaya Tinggi ialah mwdelhi@kln.gov.my," menurut kenyataan itu lagi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>