Selesaikan masalah air di semua lokasi

Iklan
Mumtaz

KOTA BHARU – Kerajaan Pusat diharap dapat membantu menyelesaikan masalah air yang dihadapi negeri ini terutamanya ketika berdepan kebakaran besar seperti yang berlaku di belakang Hospital Pakar Perdana, semalam.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, kini Kelantan berdepan musim kemarau yang tidak keterlaluan dan mungkin beberapa kawasan akan mengalami tekanan air yang rendah.

Iklan
Iklan

"Itu biasa, musim kemarau. Mungkin berdepan masalah tekanan air yang rendah. Sebab itu kita harap Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah air ini di semua lokasi.

"Bukan itu sahaja keselamatan anggota bomba itu sendiri juga perlu dititikberatkan. Saya lihat sendiri mereka membuat kerja pemadaman dalam keadaan yang cukup bahaya selain gelap dan kawasan insiden juga sempit,” katanya kepada media pada majlis perasmian Rumah Ronald Mc Donald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekangan dihadapi anggota bomba semalam apabila berdepan detik cemas ketika memadam kebakaran melibatkan tujuh buah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh rumah hangus terbakar

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Mumtaz memberitahu, pihaknya juga telah menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM300 untuk setiap keluarga dan RM500 untuk seorang warga emas yang lumpuh.

"Hari ini pula masih ada bantuan yang diserahkan oleh wakil Tabung Serambi Mekah, selain Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang terlibat dalam kejadian malam tadi,” katanya.